Rekod Pergerakan Emas menyusun semua emas yang masuk dan keluar kedai macam penyata akaun bank — tarikh, butiran, gram masuk, gram keluar dan baki berjalan. Baki hari ini sentiasa sama dengan stok dalam sistem.
| Masa | Butiran | Masuk | Keluar | Baki (g) |
|---|---|---|---|---|
| BAKI PEMBUKAAN | 1,250.40 | |||
| 10:12 | KEY IN INVOIS (12 item) | 58.20 | 1,308.60 | |
| 11:03 | JUALAN | 10.92 | 1,297.68 | |
| 11:03 | KERAT | 0.99 | 1,296.69 | |
| 15:40 | BATAL JUALAN | 1.66 | 1,298.35 | |
| 16:25 | PULANG KE PEMBEKAL | 5.10 | 1,293.25 |
Setiap jenis pergerakan stok emas baru dilabel dengan jelas, jadi staf tahu dari mana setiap gram datang dan ke mana ia pergi.
Stok baru dari pembekal didaftar ikut invois — setiap invois satu baris dengan bilangan item.
Barang yang didaftar terus tanpa invois pembekal, dikumpul ikut masa daftar.
Stok yang dipindah dari cawangan lain dan diterima di kedai ini.
Emas terpakai yang dibaik pulih dan dijadikan stok jualan semula.
Barang yang dipulangkan ke stok bila jualan atau seluruh resit dibatalkan.
Berat yang dijual mengikut resit, lengkap dengan nama pelanggan dan staf.
Berat yang dipotong semasa jualan. Item kekal, hanya gram berkurang — dan masuk ke emas buruk.
Stok yang dipadam dari sistem berserta sebab yang direkod staf.
Pembetulan berat stok — naik atau turun, dengan berat lama dan baru.
Stok yang ditarik dari jualan dan dihantar ke simpanan emas buruk.
Pindah ke cawangan, pulang ke pembekal atau diberi sebagai hadiah — setiap satu dilabel berasingan.
Setiap langkah di bawah menjadi satu baris dalam rekod — tanpa staf perlu mencatat apa-apa secara manual.
Cincin 5.20g didaftar dari invois pembekal. Masuk 5.20g.
Berat dibetulkan ke 5.10g. Keluar 0.10g, berat lama & baru dicatat.
Pelanggan beli 4.80g selepas saiz dikecilkan. Keluar 4.80g.
Baki potongan 0.30g. Keluar 0.30g — stok kembali tepat sifar.
Potongan 0.30g itu muncul pula dalam Rekod Pergerakan Emas Buruk.
Baki pembukaan dikira ke belakang dari stok sebenar hari ini. Jadi baki penutup tidak pernah lari dari kiraan stok — walaupun rekod lama tidak lengkap.
Baki berat dan baki item dipapar bersebelahan pada setiap baris.
Pindahan yang juga direkod sebagai jualan hanya dikira sekali.
Jualan asal dan pembatalannya dipapar berpasangan pada hari masing-masing.
Pergerakan harian disemak lawan kiraan stok penutup setiap malam.
Setiap resit dan invois satu baris, dengan masa, karat, pihak terlibat, staf yang merekod dan catatan. Dibuka secara lalai untuk hari ini.
Dikumpul sehari setiap jenis pergerakan, dengan ringkasan jumlah masuk & keluar. Klik tarikh untuk terus ke paparan harian hari itu.
Tapis ikut mutu untuk semakan timbang · Eksport ke Excel, PDF atau cetak terus.
Menu Rekod Transaksi kini ada kategori khas Rekod Pergerakan, jadi semua laporan keluar masuk emas mudah dicari di satu tempat.